Saturday, September 27, 2014

Saturday, August 16, 2014

Makanan atas awan marvelous

Berdasarkan pengalaman setahun jagung.
 Untuk orang yang TAKNAK :
------------------------------------------------
 beratur panjang kat airport,
------------------------------------------------
taknak seret luggage mase tengah pilih menu kat airport
-----------------------------------------------
tak suke bersesak-sesak dengan barang kiri kanan kat airport,
------------------------------------------------

ELOK BENAR LA makan siap-siap kat dalam flight. 
Pada aku, memang worth it. Lagi-lagi kalau ade connective flights . IGNORING YOUR SHORT LAYOVER TIMES, DONT. Takdelah rushing nak cari makanan taim gaptu ha. Airport pun bukan sekangkang kera. Melainkan gap between connective flights tu panjang, yes, u have adequate time looking for the right restaurants to have smiling tummy.



Kuala Terengganu Airport, lovely!



Ala. Macam semua tahu, Air Asia punya polisi, no outside food are allowed. So, kalau nak makan dalam flight, memang kena purchase. Melainkan ada yang jenis tegar, bukak Tupperware tapau dorang. Bile flight attendants lalu, pepandai la cover aha. Aku pernah jumpa ye. Em. Ada sekali tu aku rasa semua orang langgar polisi Air Asia yang satu ni termasuk aku. Sebab waktu boarding lebih kurang sama dengan waktu berbuka puasa. Hihi. Selamba je masing-masing. Takde nak sembunyi-sembunyi. Pasrah je lah pramugari pramugara ya hehe.


pancakes with apple syrup.yum!

Setakat aku travel bersama Air Asia ni, semua makanan yang aku rasa  sedap-sedap. Marvelous.  Berpuas hati sangat dengan rasa, packaging, hygiene. Alhamdulillah!


tuna wrap, yum!


sate wrap, yum!

Aku harap aku akan berhenti ulang alik borneo-semenanjung atas urusan kerja sebelum aku rasa kesemua menu atas awan Air Asia. Woha!

For me, pre-book meals is much more convenience rather than buying them on the dot. save money, save time. Dan paling penting, takdela frust kalau-kalau makanan yang kita dah mengidam-ngidam tuh dah habis bile sampai turn kite nak beli taim atas awan tu ha.  Katekan seat kat belakang sekali …… ohmai.  Boleh pengsan sebab kelaparan.


Bukhara, yum!


Pernah dengar pre-book meals? Bahasa mudahnya, tempah sebelum kita terbang. Kita pilih, order dan bayar online. Tiba masa flight attendant nak serve, kita keluarkan je boarding pass, dorang cop kat pass sebagai bukti sudah dihidangkan, dan boleh makan. Panas-panas dan memang secukup rasa, wallah!


Bukhara, yum!


Air Asia akan OFF 20% kalau kita pre-book. Dihitung-hitung, tak mahal mana pun. Berbaloi la pada aku. Memudahkan diri sendiri jugak kan. Dasar nak mudah je hihi. Setakat ni, aku memang puas hati dengan makanan-makanan dia. Boleh layan la makan atas awan ni. gittew. Lagipun memang disahkan halal. Boleh makan tanpa ragu-ragu!

Caution: We are talking about their served food in flights, the service is another story. Hehe.
Ma Cherie.

Saturday, August 9, 2014

Travellog Ke Kuching Kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lagu Anuar Zain dan Elena kedengaran. Hamboih haha.
Seingatnya tahun lepas beraya dengan duit gaji pertama. Wallahi betapa nikmatnya boleh pegang duit sendiri. Mihmih.. Iyelah, memang takda bagi duit raya kat sapa-sapa pun. Sebab gaji pertama tu aku bahagi-bahagikan kat mak ayah, siblings dan simpan sikit untuk tggu gaji kedua masuk muahaha. Masa tu memang syahdu. Rupanya aku dah kerja. Gudbai zaman menganggur. Siap nanges-nanges. Sungguh drama queen memasing hihi. Mekaseh kat semua yang sentiasa menyokong aku.. Aaaaaa…

Kebetulan pulak raya tahun ni jatuh pada bulan Julai, kira-kira  setaun ah aku keje. Maknanya, gaji dah naik hihi. Alhamdulillah. Makanya tahun ni haruslah bagi-bagikan rezeki yang aku dapat kat circle yang lebih besar. InsyaAllah, berkesempatan

 Oh ye, kek lapis sangat popular kat Sarawak kan. Kalau di tempat kita iaitu semenanjung, mahal yang teramat jika dibandingkan dengan harga pasaran kat sini. Sangguplah aku pergi ke Kuching nun hanya untuk Kek Lapis yang sedap. Mira Cake House dan Dayang Salhah yang jadi pilihan ramai.  alamak lupa pulak nak snap gambar kedai mihmih. 







Amacam? puas hati? macam tak cukop. ohmai. harga pun murah aih. satu loaf ni rata-rata sepuluh ringgit jek! kalau nun kat the other part of Sarawak, up to 30myr. wuu.



Aku pergi dengan kawan. teman travel yang sentiasa setia. through smiles and smirks. kami dua stay kat tune hotel. memang strategik. boleh pergi kat waterfront by foot je. selesa dan berbaloi. kalau amik yang basic je, memang murah. kalau nak aircond, towels, internet connection, and tv, u got to purchase as add ons. itu hari kami add ons aircond je gittew.


tune hotel. com

motif? bahaha.



ini rupa die. aha. maaf atas kekemasan. mihmih


mulu.mulu.mulu. 



restoran Tumis, Kuching.

Peh. Makanan kat Tumis ni sodap. kami dua tapaw untuk sahur. cuba bayangkan dah sejuk-sejuk dengan aircond pun, kami dua mampu habiskan ketiaw goreng haha. tapi seriously cakap, memang sedaplah. bau semerbak. kedai ok. yang melayan pun bagus gittew. overall, puas hati da terasa macam ruginya tak berbuka je kat sini hehe. sederet dengan tune hotel la jugak kedai ni situated. ade lagi satu kedai western yang sederet dengan hotel ni. interior design kedai tu, memang cun. siap ade lagu-lagu borneo yang membuai bayu. eceh. senang cerita, cam romantik lah ehehe. harga pun muraaaaaaaaaaaaaa. betapa susahnya nak resist kaki dari masuk tawu. pujuk jiwa dengan next time.next time haha. 

selesai sudah travelog kekuchingkita. Bahaha. 



menunggu untuk berbuka puasa. 

moh pulang ke semenanjung untuk beraya. ^^

ma cherie.