Saturday, August 9, 2014

Travellog Ke Kuching Kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lagu Anuar Zain dan Elena kedengaran. Hamboih haha.
Seingatnya tahun lepas beraya dengan duit gaji pertama. Wallahi betapa nikmatnya boleh pegang duit sendiri. Mihmih.. Iyelah, memang takda bagi duit raya kat sapa-sapa pun. Sebab gaji pertama tu aku bahagi-bahagikan kat mak ayah, siblings dan simpan sikit untuk tggu gaji kedua masuk muahaha. Masa tu memang syahdu. Rupanya aku dah kerja. Gudbai zaman menganggur. Siap nanges-nanges. Sungguh drama queen memasing hihi. Mekaseh kat semua yang sentiasa menyokong aku.. Aaaaaa…

Kebetulan pulak raya tahun ni jatuh pada bulan Julai, kira-kira  setaun ah aku keje. Maknanya, gaji dah naik hihi. Alhamdulillah. Makanya tahun ni haruslah bagi-bagikan rezeki yang aku dapat kat circle yang lebih besar. InsyaAllah, berkesempatan

 Oh ye, kek lapis sangat popular kat Sarawak kan. Kalau di tempat kita iaitu semenanjung, mahal yang teramat jika dibandingkan dengan harga pasaran kat sini. Sangguplah aku pergi ke Kuching nun hanya untuk Kek Lapis yang sedap. Mira Cake House dan Dayang Salhah yang jadi pilihan ramai.  alamak lupa pulak nak snap gambar kedai mihmih. 







Amacam? puas hati? macam tak cukop. ohmai. harga pun murah aih. satu loaf ni rata-rata sepuluh ringgit jek! kalau nun kat the other part of Sarawak, up to 30myr. wuu.



Aku pergi dengan kawan. teman travel yang sentiasa setia. through smiles and smirks. kami dua stay kat tune hotel. memang strategik. boleh pergi kat waterfront by foot je. selesa dan berbaloi. kalau amik yang basic je, memang murah. kalau nak aircond, towels, internet connection, and tv, u got to purchase as add ons. itu hari kami add ons aircond je gittew.


tune hotel. com

motif? bahaha.



ini rupa die. aha. maaf atas kekemasan. mihmih


mulu.mulu.mulu. 



restoran Tumis, Kuching.

Peh. Makanan kat Tumis ni sodap. kami dua tapaw untuk sahur. cuba bayangkan dah sejuk-sejuk dengan aircond pun, kami dua mampu habiskan ketiaw goreng haha. tapi seriously cakap, memang sedaplah. bau semerbak. kedai ok. yang melayan pun bagus gittew. overall, puas hati da terasa macam ruginya tak berbuka je kat sini hehe. sederet dengan tune hotel la jugak kedai ni situated. ade lagi satu kedai western yang sederet dengan hotel ni. interior design kedai tu, memang cun. siap ade lagu-lagu borneo yang membuai bayu. eceh. senang cerita, cam romantik lah ehehe. harga pun muraaaaaaaaaaaaaa. betapa susahnya nak resist kaki dari masuk tawu. pujuk jiwa dengan next time.next time haha. 

selesai sudah travelog kekuchingkita. Bahaha. 



menunggu untuk berbuka puasa. 

moh pulang ke semenanjung untuk beraya. ^^

ma cherie.


No comments:

Post a Comment